Monday, December 10, 2007

Sayembara Kembara Cameron Highland Jun 07

NOTA : Ini adalah catatan kembara Briged Basikal Bdr Tasik Puteri (BBB) bulan Jun 2007. Kisah dicatat oleh AbuFikri. AbuFikri tu sebenarnya nama lain bagi BC KeLoLo.. :)

PRELUDE Bermula dari cakap-cakap kosong untuk berkayuh di Cameron Highland. Ansur di lakar menjadi rencana bersungguh hinggalah akhirnya berlakulah epik BBB meredah laluan Jim Thompson di Cameron Highland pada hari Sabtu 23 Jamadil Awal 1428 bersamaan 9 Jun 2007.

Mereka ini telah tampil ke depan menyahut cabaran
1. NazaKetua Logistik14. UcopKetua Medic
2. IskandarKetuaLanun merangkap Sweeper15. Muda
3. YuhajanKetua Rombongan merangkap penunjuk jalan16. Sam
4. PechikoKetua Segala17. SetandanKetua 4 Serangkai
5. GaplekKetua teknikal18. Shahrul
6. Wak LabebKetua Kembalik19. Zazhar
7. AboiKetua Fotografi20. Ikanbilis
8. SaniKetua GRO21. Zailani
9. Kelawar 22. Langgark
10. Angah 23. Doc Ilham
11. Syukor 24. Zaky Frim
12. Zul 25. Shah Yeop
13. AbuFikri


Yang lain bukan tak berani cuma masa tak bersesuaian...

Sebaik mendapat kata JADI!, semua semangat berkobar. Mahu pergi CH bukan soal kecik anak. Maka turunlah BBB mempersiapkan diri. Dari laluan Tuan Mee, tarmac sekitar BTP hinggalah menjangkau ke Serendah, crew BBB berlatih mempersiapkan diri. Sampai tersesat-sesat lagi...

Sementara itu Naza jenuh pening kepala menguruskan logistik - penginapan, makan, lawatan dan yang seumpama. Terima kasih bebanyak Naza. BERANGKAT KE ROYAL LILY BASE CAMP, TANAH RATA, CAMERON HIGHLAND Datang hari yang dinantikan, 8 Jun 2007, Jumaat. Pergerakan terbahagi 3 kumpulan. Kumpulan Hadapan - advance party. Bergerak ke Cameron waktu pagi. Diketuai oleh Naza. Berperan menyiapkan lokasi pendaratan di Royal Lily base camp, Tanah Rata. OK...OK bukan base camp, sekadar apartment percutian. Saja nak bagi bunyi lebih dramatik. Antara anggota kumpulan - Naza, Gaplek, IkanBilis, Syukor, Angah, Muda. Ada yang tertinggal?

Kumpulan Kedua - Kumpulan Utama (KU).  Bergerak dari BTP selepas solat Jumaat. AbuFikri (AF), pada rancangan awal mahu bergerak ke BTP sebelum solat Jumaat, terpaksa pinda rancangan. Sudahnya AF bergerak dari Gombak sekitar jam 1500 dan bergabung dengan Kump Utama di kawasan RnR Rawang. Kump utama sudah berada di RnR Rawang seawal 1530 sementara AF masih lagi terkial-kial di MRR2. Is kemudian memaklumkan KU akan bergerak dahulu "pelan-pelan". AF akan bergabung dengan KU diperjalanan.

10 minit kemudian dapat call lagi dari Is. Rusa Turbo Abang GRO menghadapi masalah teknikal, cable gear Rusa turbo Abang GRO putus. Hmmm...a blessing in disguise? Dapat juga AF join dengan KU di RnR Rawang. Sesampai di Petronas RnR Rawang, terlihat deretan kereta KU - Harrier Kelawar, Trajet Setandan, Wira Aboi dengan Kona bergayut di belakang dan tentunya Ria Iskandar. Aik mana yang lain? Oooo...masih di parkir kawasan rehat. Rusa turbo Abang GRO yang sudah terbarai perut tersadai di parkir. Kereta Zul menarik perhatian kerana T-Boltnya diikat terlentang di atas bumbung. Toyota Labeb dengan 3 jentera di atas bumbung.

Cubaan awal membaiki menggunakan cable-tie yang dibawa Pechiko tidak berhasil. Mujur Setandan ada contact power dengan pomen handalan dari Lembah Hijau. Kerja penantian dan pembaikan ambil masa hampir 3 jam. Masa luang digunakan sebaiknya untuk berposing, bergambar dan melakar grafitti pada kereta Kelawar. Sempat jugak mengupdate portal BTP.com dengan update terkini. Hebat teknologi...

Siap Rusa dibaiki hampir jam 1900. Perjalanan KU diteruskan ke Simpang Pulai. Konvoi bergerak lancar dengan sesekali disulam acara potong memotong manja. Trajet merah meluru dulu hilang dari pandangan... Perjalanan terkejut sedikit dengan satu Proton Wira remuk hadapan di tengah jalan. Biasala kemalangan...Lokasi KM305 berhampiran Gua Tempurung. Selain itu perjalanan OK.

Hampir 2030 sampai ke tol Simpang Pulai. Berhenti sekejap untuk melegakan diri berserta melunas tuntutan pada Illahi. Sekonyong kemudian kelihatan lagi dua kenderaan dengan beskal dia atas bumbung menyusuli. Dah sampai tok Ngulu ngan Doc Ilham rupanya. KU bertambah besar selepas bergabung dengan kumpulan serpihan 1.

Dari Simpang Pulai KU berpecah dua. Ada yang mahu makan malam dulu ada yang mahu terus ke Tanah Rata. Kumpulan lapar - AF, Yuhajan, Doc Ilham, Wak Labeb. Kump kenyang - Is, Kelawar, Aboi, Abang GRO, Setandan. Kump kenyang teruskan perjalanan ke Tanah Rata. Kumpulan lapar lipat masuk ke warung berdekatan.

Usai santap lebih kurang sudah jam 2200, kump lapar bergerak mendaki jalanan bengkang bengkok ke Cameron Highland. AF tertinggal di belakang kerana anak kecik ter uk-uk. Dalam gelap pekat malam meredah laluan mendaki agak mencemaskan. Kereta jarang-jarang kedapatan. Pada satu ketika AF dipotong oleh sebuah trak tunda. Asap hitam pekat mengganggu pemanduan AF. Mahu ke mana agaknya terburu begitu. Kemudian ketemu kembali dengan kereta Tok Ngulu ngan kereta Labeb yang dipandu santaian. Kereta Doc Ilham tidak kelihatan. Kerana sudah lewat AF juga mahu cepat. Langsung memotong kereta Tok Ngulu ngan Labeb dan meluru ke depan. Sedikit di hadapan, ada kemalangan di haluan bertentangan. Padanlah trak tunda buru-buruan. Malang baginya kerana trak tunda lain sudah mendahului.

Jalan terus bengkang bengkok seperti ular dipalu. Semakin mencapai ketinggian, cuaca makin dingin. Kulit terasa macam digigit-gigit. Telinga semakin berdesing akibat perubahan tekanan. Jalan kembali melandai dan sedikit melurus bila menghampiri Brinchang. Dalam kelajuan itu mujur tidak terbabas simpang ke Brinchang. Pasar malam Brinchang baru usai. Perjalanan diteruskan dengan kelajuan santai. Sudah hampir ke base camp. Tidak perlu keburu lagi.

Hampir 2300, sampai ke Tanah Rata. Teringat lawatan kali pertama satu ketika dulu. Tak banyak berubah. Masih bisa mengecam beberapa tempat dalam kesamaran malam. Mata terus terpandang Maybank di sebelah kiri jalan. Yaaa...tanda mukabumi yang dicari. Berpusing di situ seketika mencari kedai runcit untuk beli bahan buat sarapan. Satu panggilan kepada Naza memaklumkan ketibaan dan juga meminta panduan jalan. Alhamdulillah...2300 selamat sampai ke perkarangan Blok D, Royal Lily apartment. Naza menyambut dengan senyuman dan ucapan ahlan wa sahlan. Kunci apartment diserah dengan beberapa pesanan.

Sebaik bagasi dan famili diuruskan, AF kembali turun bersama yang lain diparkir untuk menguruskan jentera yang akan dibawa berperang esok. Salam bertukaran. Parkir jadi riuh rendah dengan aktiviti pengayuh. Jentera diperiksa. Rantai dan gear biar lincir dan lancar. Penyerap hentak jenis angin dipastikan tekanan betul. Tahap redaman diset optima. Bottle cage ditambah satu, buat bawa botol air tambahan. Selesai mesin sendiri, tolong-tolong tengok jentera kawan. Kelawar merungut penyerap hentakan keras. AF cuba periksa. Oh...lockout rupanya. Lockout dilepaskan. baru terasa ada enjutan. tekanan positive air disukat dan dibetulkan. Tekanan negative air juga disukat dan dibetulkan. Tahap redaman (rebound) juga disemak. Dilaras pada tahap yang enak. Ah...gumbira Kelawar bila mendapati jenteranya bisa berenjut lebih baik...AF gumbira dapat membantu. Selebih itu, AF biarkan pada guru Pechiko yang lebih arif. Sebelum tirai malam dilabuhkan, semua wira berkumpul seketika. Tok Ngulu menyampai pesanan sepatah dua akan ride yang bakal diduga. Malam makin larut. Hawa dingin Cameron makin menggigit...Keletihan dan mengantuk mengajak AF beradu...Esok..eh bukan nanti pagi cabaran besar menanti...

Kumpulan Ketiga - Kumpulan Serpihan Kembali ke apartment, teringat lampu-lampuan belum periksa. Mujur periksa kerana 1 unit gagal berfungsi. Mujur ada ganti. Jam sudah pukul 1230. Naza sudah maklumkan akan datang seorang lagi menyertai - Shah namanya. Dari Subang. Kenalan Abang Ipin. Jam 1230 pintu diketuk. Dah sampai rupanya Shah ngan famili. Kerana keletihan agaknya langsung mereka masuk beradu selepas perkenalan ringkas. AF akur dengan tuntutan mata yang semakin memberat. Jangkaan apa yang bakal ditempuh membuat dada berdebar...Hawa makin dingin. Selimut tipis membantu sedikit. Hawa Cameron yang dingin bagai menyelinap menembusi liang seni pada selimut. Kena "gigit" lagi. AF tidur kat hall ngan Fikri. Tidur tidak lena. Sekadar tidur cap ayam. Baru gaya mahu hanyut, telefon berdering. Zailani baru sampai ke Tanah Rata. Minta pandu arah ke Royal Lily. Dah terbabas rupanya...Ringkas cerita akhirnya Zailani ngan famili selamat tiba. Pun langsung masuk kamar beradu kerana letih lagi lesu...Akhirnya kumpulan serpihan terakhir selamat tiba. AF kembali cuba menyambung lena.

SAYEMBARA KEMBARA Pagi Sabtu, 23 JamadilAwal 1428 bersamaan 9 Jun 2007. UmmuFikri mengejut AF seawal 0515. Keseronokan dan keghairahan menghambat segala kuman letih dan kantuk. AF segera bersihkan diri - mandi air panas yang diset maksima tapi rasa macam biasa saja. Segar nyaman terasa. Sebaik masuk waktu Subuh, solat disegera. Kawan serumah, Shah ngan Zailani dikejut. Langsung memakai pakaian perang. Peralatan perang disemak. Bekalan air secukupnya. Alat suluh-suluhan dipastikan bawa. Bekalan makanan sudah siap dimasukkan dalam beg pelana. Sudah kemas tersemat pada jentera. 0615 Selepas mengucup UmmuFikri yang masih mamai, AF turun menyertai sahabat yang sudah sedia diparkir.

Sekali lagi Naza menabur jasa. Sarapan pagi disedia. Baked beans, telur scramble, salad dan roti jadi juadah pembekal tenaga. Pengayuh sibuk memuatkan beskal ke dalam kereta. Buat kali pertama Unser AF menelan 5 beskal di dalam perutnya. Beskal AF sendiri, T-Bolt Syukor, T-Blaze IkanBilis, Pahoe-hoe Zailani dan Kikapu Aboi. Hanya Syukor yang boleh menumpang kerana Unser tiada lagi ruang.

Siap basikal dimuat, konvoi mula bergerak meninggalkan base camp. Sang isteri dan famili ada yang turun keparkir bersama merai ada yang keluar beramai di balkoni ada yang malu-malu mengintai dari kamar sahaja. Malu sebab belum mandi agaknya. Lambaian mengiringi pengayuh. Konvoi mula bergerak 0715.

Rencana kembara Beskal akan diangkut ke tempat mula di Lembah Bertam. Lembah Bertam > Kg Sg Relong Kg Sg Relong > Pos Menson Pos Menson > Kuala Boh > Ladang Boh Ladang Boh > Kilang Boh > Habu Satu kenderaan akan datang menjemput pemandu kereta ke Lembah Bertam. Jarak lebih 40KM melalui trail-trail tarmac, doubletrack konkrit yang sebahagiannya sudah hancur barai, laluan tanah merah. Bentuk muka bumi naik turun dengan kecuraman pelbagai. Ada yang sehingga 40%...Fuhhh. Jangkamasa keluar ke Habu 1900.

Tanah Rata > Lembah Bertam > Kg Sg Relong Lembah Bertam berada kira-kira 20KM dari Tanah Rata. 0800 Konvoi tiba di Lembah Bertam. Pekan kecil dengan pendudul lebih 3000 orang. Saat tiba pekan sudah hidup dan sibuk. Hidung tercium bau busuk masam yang kurang enak. Rupanya tempat parkir merupakan pangkalan pengedaran baja. Baja organik!!! Padanlah bau masam. Jentera segera diturunkan. Penduduk tempatan ramai yang memandang. Pemandangan pengayuh basikal di sini bukan asing. Sebaik siap jentera, semua berkumpul di depan Dewan Orang Ramai Lembah Bertam. Dewan juga jadi tempat industri membuat gaharu. Bukan jenis colok kecik tuuu...jenis yang besar sepemeluk...Abang GRO jadi perhatian kerana memakai sesuatu yang diluar jangkaan...Apa? Tak boleh cerita. Hint - kaki Abang GRO nampak gebu macam kaki pompuan...

Perjalanan tertangguh seketika. T-Blaze Ucop dilanda masalah. RD bengkok. Ambil masa sejam untuk membaiki. Ucop hampir putus asa setelah berbagai usaha kurang berhasil. Mujur Gaplek sorang yang bersemangat waja dan kental. Terus-terusan berusaha membaiki. Akhir sekali Pechiko ikut serta mengotorkan tangan. Alhamdulillah...pembaikan dibereskan. 0900 Tok Ngulu memberi sedikit taklimat. Selepas doa dibacakan, perjalanan dimulakan.

Dari pangkalan masam, bermula dengan dakian manja buat pemanas badan. Jalan tar dengan selut-selut kerana hujan dan pembinaan di sekeliling. Mentari sudah mula meninggi. Menaburkan cahara terang ke segenap penjuru alam. Hawa dingin cameron masih bersisa menjadikan kayuhan seperti di dalam air-cond. Sayang, itu tidak kekal lama. Selepas dua tiga KM, jalan mula mendaki. Dakian tak seberapa kerana tetapi cukup untuk membuat Setandan berjalan bersama basikalnya...Rehat pertama. Kemudian sambung mendaki lagi. Cerun makin mencuram. Pengayuh handalan menunjuk tere. Kayuh bukan satu, malah dua beskal sekaligus. Tak caya? Lihat gambar ada buktinya...Laluan terpaksa dikongsi dengan pikap-pikap yang dipandu ala Camel Trophy. Laju semacam sehingga BBB geng semua naik seram. Ada juga yang naik geram TETAPI tiada yang naik pikap...At least belum lagi...

Jalan tar berakhir diikuti jalan berturap konkrit yang sudah berkurap. Hujungnya mendaki. Tok Ngulu sudah mendahulu. Menanti yang lain mampir. Tok Ngulu siap melamabi dari atas bukit. Majlis berhenti rehat seketika. Ada yang sampai terbaring. Wak Labeb ngan Pechiko mengguna peluang untuk candid camera. Awas lain kali kalau nampak Wak Labeb mundar mandir...Bukan jalan kosong tu.

Dari situ, sambung pendakian sebentar dalam 200M. Bertemu laluan landai dengan sebuah kolam takungan di bahu jalan. Sesuai untuk singgah sebentar cuci muka dan kepala buat penyegar. Sesuai juga untuk beristinjak bagi mereka yang tadinya kencing tak berbasuh...

Terus maju ke hadapan dengan dakian mudah laluan pasir lada. Akan bertemu simpang bercabang. Kiri ntah ke mana. Ke kanan laluan yang di cari. Tok Ngulu sempat bertanya dengan sorang cina tempatan. Bila apek menyebut jalan turun 7 KM semua mata bersinar gumbira. Bila apek babai, Tok Ngulu membuka jalan. Nampak lazat Tok Ngulu menuruni cerun. Yang lain ikut serta. Seketika masuk panggilan radio. Tok Ngulu kata apek sudah tipu daaa...Downhill sekejap cuma. Ynag tiggal di belakang dua tiga kerat - AF, Pechiko, Doc hanya ketawa. Pechiko sudah siap sedia dengan kamera untuk merakam aksi downhill. AF mengikut sahaja. Benar kata Tok Ngulu, downhill sekejap cuma selepas itu kembali mendaki. Boleh tahan curamnya. Tapi...eh..eh dah habis. Mujur pendek saja. Gerombolan berehat seketika (rehat lagi...). Temapt dipilih tidak syesyuaaiii kerana ladang sedang menyembur. AF ngan Zazhar dan Langgark ambik keputusan bergerak ke depan sikit. Selepas itu yang lain menyusul dan mendahului. Trail mula menurun. Makin lama makin laju. AF tak boleh tahan. Dengan sedikit laungan kepada kawan-kawan, AF mengorak langkah menjamah hidangan lazat di hadapan. Apek tadi tak tipu rupanya. Solilah apek, gua sudah salah sangka sama lu.

Downhill bermula!!! Beberapa kawan sedang berada di hadapan. AF ambil sikap berhati-hati mencari laluan. Brek dalam genggaman. Buat seketika datang rasa teruja. AF tak dapat menahan gejolak rasa. Keluarlah jeritan "Rider comingggggg..." sebagai makluman macam isyarat nak memotong kat jalan tulah. Crank diterjah menambah momentum. Zrupp...zrappp...zruppp...zrappp...Lajakan dicapai mengikut pecutan graviti. Jalan bagai menderu ke muka. Segala lopak bonggol diambilkira. Sesekali disulam lompat-lompat manja sambil memotong sorang demi sorang rider di hadapan. Maaf kalau tak sempat bertegur sapa. Bukan sombong, cuma tak sempat...Selekoh dijamah. Tayar belakang sesekali gelongsor kecil kerana hilang traction. Adrenalin + endorphine merembes laju. Debar laju jantungku...Sampai satu tahap, memori mengimbas kenangan lalu. Teringat aksi kawan tergolek depan mata...Takut datang menerpa. Cukuplah sudah rasanya sebelum beskal menunggangku. Puasssss....AF ke tepi. Masuk pit stop. Tengok kekawan yang lain melintas lalu. Dari kejauhan terdengar jeritan lagi. "RIDERRRRRRR....". Kelibat Giant NRS kuning meluncur laju memintas Tok Ngulu yang tadi cuma layan downhill secara manja. Tok Ngulu tak boleh tengok saja. Umpanan Chiko dimakan. Berlaku kejar mengejar antara Tok Ngulu ngan Tok Chiko. Rider lain? Oh...Gaplek juga ikut menari kuda kepang. Sedikit malang bila dia kecundang akibat langkah sumbang. Pun begitu catatan 56KM/j pada speedo Gaplek bagai mengubat sakit akibat kecundangan.

Sebaik tenang dan debu berjatuhan, AF teruskan kayuhan. Downhill tidak lagi mengujakan. Sekadar mahu sampai ke sasaran. Akhir jalan, Kg Sg Relong. Semua berhenti rehat setelah kenyang bersantap downhill hot & spicy. Kebetulan ada sungai mengalir ditepi laluan. Kampung orang asli Sg Relong. Jam 1130. Berehat agak lama kerana mesin Angah ditimpa musibah. Brek belakang hidraulik bocor. Hasil kreativiti, digunakan kayu hutan sebagai brek gantian. 1200 semua sampai ke Kg Sg Relong. Satu perkampungan kecil orang asli. Kelihatan hanya dua tiga buah rumah sahaja di situ. Tok Chiko sempat main-main kat situ melintas jambatan kayu. Mujur tak diparang atau disumpit orang asli.

Kg Sg Relong > Pos Menson Mentari sudah galak melempar ruah cahaya. Terik! Hilang sudah hawa dingin Cameron Highland. Sasaran seterusnya Pos Menson. Melalui denai tanah dua laluan beralun naik turun dengan pendakian sederhana. Laluan terbuka mendedahkan pengayuh langsung kepada panahan mentari. Tok Ngulu seperti biasa di kepala. Memastikan laluan yang betul untuk dilalui anak-anak buah. Selepas Sg Relong, belum berjumpa seorangpun manusia lain. Kayuhan santai dan bersahaja. Menuruni satu cerun dari jauh ternampak kelibat manusia. Dua gadis berjalan kaki dalam arah yang sama. "Wei awek! Jerit seorang. Satu baju kuning satu baju merah. Awek orang asli yang ntah dari mana dan mahu ke mana. Dasar lelaki memang pantang jumpa perempuan. Orang aslipun mahu diorat. Melepasi awek AF perasan ada simpang ke kiri dituruti jambatan. Hati berkata mungkin ini laluannya. Tapi kelibat Tok Ngulu tiada. Langsung terus ke hadapan mendaki sedikit kemudian menurun luncur. Tok Ngulu sudah di situ berhampiran kawasan pembinaan. Sesekali menyemak alat Global Positioning System Garmin eTrek beliau. Riders semakin ramai sampai. Tok Ngulu akhirnya terpaksa merujuk kepada kontraktor yang berkampung di situ.

Oh...dah terlepas laluan rupanya. Firasat AF benar semasa melewati jambatan tadi. Itulah laluan ke Pos Menson. Tapi...tak perlu risau. Berdekatan situ ada laluan alternatif. Hanya terus ke hadapan sekitar 20 meter, kemudian belok kiri akan bertemu satu jambatan. Lintas jambatan tersebut dan teruskan laluan. Pos Menson cuma kira-kira 500M di hadapan. Mentari makin galak menyinar dan membakar.

Pos Menson memberikan pemandangan berbeza. Pada haluan masuk dismabut dengan bangunan-bangunan batu satu tingkat. Banguna sekolah rupanya. Masyarakat setempat memandang pengayuh BBB yang mengayuh longlai memasuki kampung mereka. Mungkin sudah biasa agaknya melihat beskal berbagai rupa dan gaya memasuki daerah mereka. Tiada kehairanan lagi...Cuma dua tiga anak-anak nampak sedikit teruja.

Satu kelegaan kerana ada kedai di situ. Tuan punya seorang India. Kedainya diserang. Tapi...tiada siapa yang maut, luka atau cedera dalam serangan itu melainkan beberapa tin dan botol 100 plus. Beberapa buku roti cedera parah digigit pengayuh-pengayuh yang kebuluran. Beberapa orang - Setandan, Syukor, IkanBilis antaranya - menjadi pemeriksa kesihatan untuk memastikan tandas-tandas di pos Menson menepati piawai kebersihan. Dan mereka nampaknya terperanjat dan berpuashati kerana tandasnya lebih bersih dari kebanyakn tandas berbayar di Kuala Lumpur. Hmmmm...

Sambil berehat, Doc menggunakan kepakaran herbanya mengubat cedera Gaplek. India tauke kedai menawarkan khidmat maklumat percuma. Katanya dari situ mahu ke Ladang Boh jaraknya 15KM. Kebanyakan laluan mendaki dengan kecuraman yang boleh menggeletarkan lutut. Semua yang mendengar hanya mampu menelan liur bila dengar cakap sang tauke.

Selesai rehat (sebenarnya rehat tak pernah selesai), riders dikerah bersiap sedia. Kayuhan diteruskan. Sasaran seterusnya - Kampung Kuala Boh.

Pos Menson > Kuala Boh > Ladang Boh Dari kedai, menyusur laluan datang tadi. Pada persimpangan berhampiran sekolah, lipat masuk ke kiri dan bertemu dengan tebing curam tambakan lebuh raya ke Raub yang masih dalam pembinaan. Syukor sempat meninggalkan kenangan di situ apabila T-Boltnya bungkam dan mencium tanah. Dari lebuhraya, menyusur turun dan senario mula berubah. Dari kawasan terbuka telanjang yang panas dek pancaran mentari ke laluan konkrit yang terlindung dengan rimbunan pohonan rimba. Hadiah pertama laluan itu ialah dakian curam dengan denai laluan kembar berturap konkrit. Laluan kelihatan seperti jarang dilalui. Lumut-lumut licin bertepekan di sana sini menjadikan laluan licin.

AF buat pertama kali untuk hari itu mengangkat bendera putih. setelah mengayuh naik kira-kira 30 meter. Laluan curam menyemputkan. Kaki lenguh tidak tertahan setelah asid laktik terkumpul sekian banyak. Nafas tidak lagi teratur. Degup jantung kencang sekencangnya. Otak menghantar isyarat supaya menukar pergerakan daripada kayuhan kepada berhenti sekejap, tarik nafas dan...tolak beskal. Chiko sudah di hadapan. Kelihatan tengan dan bersahaja mengayuh terus. Perlahan...tapi terus mengayuh. Labeb muncul dari belakang. Juga dengan ritma kayuhan yang sama. Perlahan, konsisten tapi masih mengayuh. Tambah menarik bila melihat siku Labeb diletakkan di atas palang hendal dan tangan menggengam bahagain tengah palang hendal berhampiran stem. Badan membongkok ke hadapan memberi agihan berat hadapan 70 belakang 30. Posisi yang sangat sesuai untuk mendaki.

Melihat Labeb, AF kembali bersemangat. Dada kembali tenang dengan pernafasan kembali teratur. Panjat kembali beskal. Satu helaan nafas panjang. Sekali melangut ke atas untuk melihat apa yang bakal dihadapi. Sayuppppp... Teringat saat dibuli cerun-cerun curam di Serendah. Dalam hati berkata-kata "..ahh...Serendah lagi dahsyat daripada ini.". Dengan suara itu, datang semangat ntah dari mana. Kayuhan dimulakan. Sedikit demi sedikit perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit perlahan-lahan. Tarik nafas ikut hidung, lepas ikut mulut. Ritma dikekalkan...Kayuhan perlahan itu nyata lebih laju daripada kawan-kawan yang lain yang menolak. Seorang demi seorang dipotong. Labeb di hadapan beberapa kaki cuma. Tika itu datanglah rasa mahu berlumba. Kayuhan dilajukan seketika. Ahhh...sketika itu cuma sudah cukup untuk melenguhkan kaki dan menyesakkan. Berkata pada diri .."Tenang...tenang...". Fikiran kembali terfokus. Kayuhan kembali sedikit dan perlahan. Saingan di hadapan jangan dipedulikan...Terus kayuh, kayuh dan kayuh. Akhirnya...sampai ke puncak. Fuhhh...memang ujian mental. Beberapa orang sudah di hadapan. Berehat santaian dengan bunyi latar nafas masing-masing bagai nafas kerbau...Ishh!.

AF mengusulkan supaya beberapa orang berjalan dahulu meninjau apa di hadapan sementara menanti yang lain tiba. Tok Ngulu bersetuju dan kayuhan diteruskan. Tok Ngulu, AF dan beberapa orang lagi yang AF tak ingat. Sebentar cuma kayuhan ikut laluan menurun sudah samapi ke kampung orang asli Kuala Boh. Kami disambut oleh beberapa anak-anak yang sedang mandi di sungai.

Kampung Kuala Boh. Populasi lebih 500 orang daripada 54 keluarga. Semuanya beragama Islam. Kampung di lereng bukit berhampiran lembah yang disaliri sungai. Dihiasi rumah-rumah tradisi orang asli dan ditengahnya ada dewan orang ramai dan sebuah surau. Di situ sasaran kami. Mencari tempat untuk menunaikan tuntutan Illahi. Kayuh-kayuh juga, kewajiban jangan dilupa.

Mereka yang lain menyusul tiba. Jam 1430. Anak-anak berlari-lari menyambut kedatangan kami. Berteriak "Abang...abang" sambil melambai-lambai. Mujur cuma terdengar teriakan "Abang...abang.." sahaja. Kalau dicelahan itu terselit teriakan "Abah...abah..", Kan ke haru. Semua mata pasti tertumpu pada Tok Ngulu kerana hanya dia pernah lewat di daerah itu.

Bergilir-gilir menunaikan solat Zuhur yang disekalikan dengan solat Asor. Jamaq taqdim istilah fikahnya. Satu rukhshah (keringanan) yang Allah berikan kepada hambaNya bila dalam keadaan musafir. Naza menyuarakan pinginnya mahu mandi sungai. Hasrat tidak dapat dipenuhi kerana kata Tok Ngulu perjalanan masih jauh lagi. Naza tarik muka macam anak kecil tak dapat gula-gula. Sian Naza.

Datang seorang orang tempatan menegur sapa. Pak Jefri namanya. Rupanya seorang guru pencen. Beliau pernah mengajar di sekolah orang asli di seluruh pelosok negara. Petah bicara bahasa melayunya. Ingatan masih kuat kerana masih kenal Tok Ngulu yang datang ke situ tahun lepas. Dari Pak Jefri, perjalanan masih jauh lagi. Jarak dalam 5KM MENDAKI!

Setelah selesai solat, rombongan sedia berangkat. Anak-anak orang asli berkumpul ramai-ramai melihat dengan lebih dekat. Ada yang murah rezeki mendapat habuan ole-ole dari pengayuh. Kami berangkat pergi diiringi lambaian anak-anak. Rasa macam VIP. Melewati dewan orang ramai, terdengar kumandang merdu anak-anak mengaji Al Quran. Kalam Allah telah sampai ke ceruk rantau itu. Allahu Akbar!

Cerun tinggi dari Kuala Boh seakan tidak membenarkan kami pergi. AF menoleh ke belakang seketika, merakam pandangan dalam minda sebagai bekal catatan kembara. Di hadapan tersergam satu lagi cabaran yang tak kurang hebatnya. Cerun konkrit kecuraman 30% yang sudah uzur terabai. Sebahagiannya dengan besi-besi cerucuk terjulur. Seolah itu tidak cukup mencabar, permukaan konkrit juga ditempel dengan tempelan lumut-lumut hijau yang menjadikan trail licin.

Kayuhan diteruskan dengan perlahan. Ada yang sudah mula menolak. Suasana mula meredup. Memang laluan ini yang paling mencabar rasanya. Cerunnya banyak, melandai sedikit sahaja cukup untuk menghela nafas dan menenang dada seketika. Begitulah keadaan berterusan. Mujur laluan di litupi rimbunan hutan. Terlindung dari panahan mentari.

Semua kepenatan. Perut melayu yang biasa diisi nasi tidak merasa sebijik nasikpun hari itu. Laparrrr...Segala snek yang dibawa, Power Gel dan Power bar menjadi makanan ruji. Cukuplah...buat beri tenaga untuk meneruskan kayuhan. Wak Labeb yang power giler itupun hampir menjadi separuh giler...Tido jugak akhirnya Wak Labeb.

Laluan sunyi sepi. AF terkadang terkayuh laju sedikit tahu-tahu tinggal keseorangan. Seriau jugak dibuatnya. Tiada kawan-kawan dalam pandangan di depan mahupun di belakang. Azabnya rasa ketika itu. Siapa suruh cari penyakit. Bukan siapapun yang memaksa kami ke situ. Semua pergi dengan kerelaan sendiri.

Sampai di satu bahagian, terdengar bunyi deruan air dari kejauhan. Syukor yang berhampiran bersuara "Abu, bunyi air terjun dekat tu. Kalau dapat mandi best nih!". AF setuju sangat. AF tinjau seketika. Nun dikejauhan di bawah gaung kelihatan air jernih mengalir menderu. Lazatnyaaaaa. AF cakap kat Syukor, nantilah kot ada bahagian trail yang melintas sungai. Kami teruskn perjalanan sedikit kayuh, banyak tolak. Deruan air makin deras kedengaran. Aboi datang menyertai kemudian. Jam hampir 1600. Kecederaan yang dialami masa jatuh dekat cement mixer, BTP tahun lepas mula datang kembali. Sakit tak terperi. AF rehat lagi. Syukor rehat juga. Aboi tak tengok saja. Syed menyusul kemudian. Sedikitpun tak teruja melihat kami berehatan. Tenang Syed teruskan tolakan. Kata Syed di depan ada tempat rehat yang lagi chun.

AF ditinggalkan Syukor dan Aboi yang terpesona dengan usulan Syed. Pinggang masih berdenyut lagi. Mujur ada terbawak Flanil krim panas di dalam beg. Rehat seketika. Duduk berlunjur di atas jalan. Krim panas disapu ke pinggang. Perlahan-lahan rasa hangat suam mengalir ke bahagian yang kesakitan mengurangkan sedikit kerengsaan yang ditanggung.

Bila sakit mulai reda. AF teruskan kayuhan semula. Kayuh sekejap cuma, bertemu dengan jambatan besi lintasan sungai. Dan di sana, semua pengayuh yang sudah sampai sedang pestaan. Gamitan air terjun, jeram dan sungai yang dingin terlalu kuat untuk tidak dipedulikan. Syukor dapat apa yang dihajatkan. Aboi, Syed, Muda bersantai ria menikmati deruan air yang bagaikan jacuzzi. AF segera ikut sama. Fuhhhhh...sejuk nyaman dan menyegarkan. Naza akhirnya kembali senyum semula. Hajat untuk mandi sungai tercapai jua. Kesian si Ucop. Kejang kakinya tidak mengizinkan dia ikut sama pesta air. Ucop terpaksa berpuashati dengan mandi di tebing dengan air yang dicedok oleh kawan-kawan. Jaadilahhhh...

Selesai mandi, tubuh jadi segar semula. Macam bateri yang baru dicas. AF teruskan kayuhan. Denai tidak lagi mendaki tinggi. Melandai sedikit dan akhirnya menuruni. Sekitar 5 minit sudah sampai ke destinasi berikutnya - Kampung Panggen.

Kelompok hadapan sudah tiba di situ. Tok Ngulu, Zailani dan beberapa lagi. Kampung Panggen berada di tebing tinggi. Anak-anak keluar menjengah dari kejauhan. Abang GRO menggunakan masa terluang untuk bermesra dengan rakyat tempatan - seekor anak kambing Kampung Panggen. Tok Ngulu cuba menurunkan ilmu downhill kepada anak buah sementara menunggu. Malang tak berbau, tersalah gaya, kaki Tok Ngulu pulak yang kejang. Jam sudah 1645. Mentari yang tadi mewah melontar sinar kini makin memudar.

Dari Kg Panggen, bermula dengan dakian curam. Ramai jugak yang kecundang. Angah tergolek di situ. Kelawar terkejang kaki. Shahrul...Shahrul macam biasa, tolak laaaa...Oh..dakian curam itu cuma acah-acah sahaja. Selepas dakian itu jalan mulai melandai. Dalam 5 minit sudah keluar dari kawasan rimba dan tiba-tiba mata jadi terpana. Pemandangan segera bertukar dari rimbunan hutan hujan tropika hijau kepada kehijauan pohonan teh yang sayup mata memandang. Ladang teh Boh. memang ummmphhh!!!.

Laluan bertukar rupa dari denai pepasir halus ke jalan tar berturap. Awas perangkap optik bila berkayuh di sini. Dari kejauhan laluan nampak seperti mendatar. Maka otak dan akal mengarahkan anggota berkayuh santai seperti laluan datar. Siap pakai middle chain-ring lagi. Hakikatnya itu semua illusi. Laluan yang nampak datar itu sebenarnya masih mendaki. Hinggakan terpaksa kembali beralah menggunakan granny.

Tok Ngulu memaklumkan perjalanan tidak jauh lagi. Di hadapan akan bertemu water point. Bolehlah singgah sebentar untuk minum-minum. Kata-kata buat semangat. AF teruskan kayuhan. Memang beskal terasa berat dan kaki kelenguhan. Penangan tipuan illusi optiklah. Semakin menghampiri ke water point, semakin mencabar kayuhan. AF tertanya, curam sangat ka? Kenapa cepat benar terasa semput? Akhirnya dengan segala susah payah sampai jugak ke water point. Ingatkan apa yang Tok Ngulu cakap water point tu...Dalam kepala terbayang water hole macam di safari di mana ada kawasan air yang segala macam makhluk datang minum di situ. Rupanya hanyalah sebuah kedai runcit.

Tok Ngulu memaklumkan kepada kumpulan belakang yang kami sudah sampai. Sempat mengusik mereka yang di belakang dengan berita sedap dan lazatnya air 100 plus sejuk di tangan...Sambil menunggu biasalah bertukar cerita. Tok Ngulu melaporkan bahawa paras ketinggian ialah 1165 meter dari paras laut. Pada paras ini kandungan oksigen menipis. Orang yang tidak biasa akan mengalami attitude sickness - kekurangan oksigen akibat kepekatan oksigen yang rendah dalam atmosfera. Saintis jugak Tok Ngulu ni...Ooooo...AF berbunyi dalam hati. Padanla cepat penat tadi.

Lama juga kumpulan hadapan menunggu yang lain tiba. Dari walkie talkie kedengaran Is dan Pechiko melaporkan ada sahabat yang sudah hampir kehabisan bateri. Mentari semakin tenggelam. Jam hampir 1900. Sebentar lagi kegelapan akan menyelimuti Ladang Boh...

Syed berprestasi gemilang meniggalkan kumpulan tiga serangkainya. Namapk resah di wajahnya bila mendapat tahu keadaan kawan-kawannya. Syed mengambil langkah drastik menawan sebuah land rover dan menjemput kawan-kawan yang keletihan di belakang.

Sebaik land rover menghantar mereka ke water point, nampaklah sangat wajah-wajah letih mereka. Bagi peluang mereka berehat sebentar sementra yang lain bersiap sedia untuk mengharungi malam. Lampu suluh diperiksa. Siap dipasang pada beskal masing-masing. Hawa dingin percuma Cameron Highland mula di pasang. Kedinginan yang hilang dihambat siang kini mula datang bertamu. Baju tambahan disarung ke badan untuk menahan kedinginan. Tidak cukup dengan itu, langit Cameron bermurah hati menaburkan butir-butir air halus dari perutnya...Cukup resepi asam, garam dan aji-no-moto untuk menambah rasa adventure. Habis baju hujan kat kedai tu diborong oleh BBB.

Ladang Boh > Kilang Boh > Habu Senja tiba membawa bersama selimut kegelapan. Topografi masih lagi tidak memaafkan. Mendaki masih lagi menjadi agenda. Jalan berturap tar membengkak bengkok di antara rimbunan teh. Jam 1930. Rintik hujan menjadi semakin besar dan kasar. Pergerakan yang pada awalnya bersekali berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil. AF akhirnya menyendiri...Kayuhan diteruskan. Akhirnya bergabung dengan kumpulan Syukor dan Muda. Muda yang selalunya gagah perkasa, hari itu tewas kepada Cameron Highland. Ikut sama bertolakan jugak Muda kerana kejang kaki.

Tiba di satu selekoh, seprang anak muda tempatan sempat bertegur sapa. Katanya destinasi sudah dekat. Ditunjukkan sinaran lampu yang berserakan. Katanya itulah sasaran. Kilang Boh. memang dalam gelap malam, nampak dekat saja. AF dan kekawan jadi gumbiraaaaa...Tolakan lebih bersemangat. Sebaik sampai ke tempat cahaya terang, rupanya masih jauh lagi kerana jalan yang dilalui melewati tebing yang tinggi. Kilang Boh berada nun di atas tebing.

Tak apa, tak apa, jangan cepat berputus asa. Sekonyong-konyong di depan sana kelihatan lampu-lampu berkelipan. Kelipan itu sangat dikenal. Kelip lampu blinker dan headlight teman-teman pengayuh. Itu petanda bagus. Sudah dekat benar. Sedikit tolakan dan kayuhan, maka bergabunglah kumpulan AF dengan kumpulan hadapan...Medan parkir Kilang Boh menjadi saksi. Hujan terus turun membasahi bumi....Jam 2000. Telefon tangan yang saban hari menyepi kerana tiada liputan tiba-tiba berdentangan. Membunyikan isyarat SMS masuk. Semakan SMS menunjukkan 8 missed call. Semua dari UmmuFikri. She must have missed me very much. Satu panggilan dibuat sekadar memaklumkan kekanda sudah hampir tiba. Isteri mendengar lega...

Dalam rintik hujan pengayuh berlepakan. Tidak peduli akan hujan yang turun. Semua bagai terkesima. Terkenangkan perjalanan siang tadi. Suntuk sehari. Sudah hampir sebelas jam diluang. Ahhh...puas...puas rasa.

Akhirnya semua selamat tiba. Tok Ngulu bertemu sorang demi sorang bersalaman dan mengucapkan tahniah. Ucapan berbalasan. Semua mengucapkan terima kasih juga pada Tok Ngulu kerana telah memimpin kayuhan hari itu...

Rehat seketika sambil berposing-posing mengabadikan kenangan di laman parkir Kilang Boh. Tok Ngulu kembali ke depan memberi taklimat ringkas. Perjalanan keluar ke habu...bla...bla...bla...Semua downhill (syokkkkk...). jangka masa 15 minit. Maintain satu barisan. Selesai taklimat. Kayuhan (ya...baru boleh digunakan kembali perkataan ini) diteruskan. AF dua dari belakang di depan Pechiko. Seronok dan teruja bila melihat deretan blinker berkerdipan. 25 pengayuh BBB baru mencatat sejarah. Kurang lebih 2100 tiba di Habu. Berkhemah sementara di situ.

Aturan telah dibuat supaya isteri Is datang menjemput pemandu-pemandu kereta dan membawa mereka ke Lembah Bertam. Berlaku sedikit kekliruan dek kerana ada lebih dari satu simpang ke bee farm di Cameron. Isteri Is tersasar. Syukurlah kemudian sampai jugak bersama isteri Gaplek. Pengayuh yang menunggu sudah kedinginan. Dibasahi hujan dan juga hawa sejuk Cameron...Sejuk dan lapar. Makanan kehabisan...Rokok juga. Maka penagih rokok terpaksa menghisap jari sahaja...

Jam 2200, pemandu-pemandu kereta sudah sampai ke Lembah Bertam. Tok Ngulu diuji kesabaran kerana tayar kereta dia pancit pula. Macam-macam! Cobaannnnnnnn.

AF kembali ke Habu. Dengan pantas dan tangkas mengisi beskal yang menumpang tadi pagi ke dalam perut Unta. Unta menelan semua tanpa protes. Siap selesai, AF terus memecut balik ke base camp bersama Syukor. Dalam perjalanan, bersama Syukor mengimbas kembali apa yang berlaku siang tadi...Realiti bukan mimpi. Trail Jim Thompson Cameron Highland selamat dijelajahi...Jam 2300.

THE END



© kelolo mmvii

1 comment:

Anonymous said...

Big nature journey... so sweet.

Khuzaimah Adnan
Sg. Buloh