Monday, January 07, 2008

Beratnya Beg Bladder Hang!

Berat? Berat ka setara tu? Beratttttt... Uik...apa yang buat dia jadi berat? Haaaa...tu diaaaa...isi perut bladder beg. Diperkenalkan suku-sakat yang duduk berhimpit-himpit dalam bladder beg.
  1. Set allen key 2-6. Buleh bukak segala macam jenis allen key yang ada kat beskal.
  2. Tuas umpil tayar. Alloy dari Minoura. Mula-mula pakai jenis plastik. Hampeh!
  3. Pemotong rantai jenis Lifu. Beli lama sebelum start main MTB. Maklum pomen beskal part time.
  4. Spanar hidung panjang. Senang nak "cubit". Pemotong cukup tajam untuk potong kabel brek dengan kabel gear.
  5. Set tork. Ni tak banyak guna. Takat ni guna untuk bukak rotor saja. Saja bawak sebab dibuat dari alloy cantik. Kaler merah pulak tu.
  6. Pisau lipat serba guna ala Mc Guyver. Ni dapat free beli minyak enjin.
  7. Spanar pelbagai saiz. Sangat berguna untuk beskal yang tak pakai quick release skewer.
  8. Mata rantai spare.
  9. Pelapik pad brek. Untuk sumbat celah pad bila cabut tayar.
  10. Krim panas Flanil untuk melegakan sakit urat
  11. Pemutar skru dua hala - pipih dengan philip
  12. Minyak Singer buat pelincir rantai
  13. Set tampal tiub
  14. Cable tie - tool serbaguna
Patut la berat...Awat tak guna tool set yang compact? Saja tak mau. Tak puas buat kerja. Opppsss...ada lagi. Tak sempat ambik gambar (terlupa sebenarnya)
  1. Pam
  2. Tiub spare
  3. Kompas. Buat penunjuk arah. Paling penting buat tunjuk arah kiblat. Untuk Malaysia bering kiblat lebih kurang 292°.
Barangan lain yang bukan penghuni tetap bladder beg yang kadang-kadang bawak, kadang-kadang tak bawak serta menyumbangkan lagi BDM (berat dengan muatan) beg bladder.
  1. Parang
  2. Gergaji (gergaji kecik) omputeh kata "pruning saw"
  3. Buah kurma 500 gram
  4. Pisang berangan 2 bijik
  5. Roti bun gardenia 2 bijik
Padan la beg aku berat....

No comments: