Friday, June 06, 2008

Eh...Macam Kenal!!!???

Cuba tengok gambar siapa yang hensem ni. Bukan...bukan yang sebelah kanan tu. Yang sebelah kanan tu mana ada hensem. Tu...hensem guy sebelah kiri tu. Kenal?



Ya betulll! Itulah Riezman Khuzaimi. Aktor drama dan filem. Kalu sapa tengok filem seram CONGKAK, mesti kenal muka ni. Saya suka karektor MALIK bawaan Riezman dalam BAIK PUNYA CILOK.

Aik...Kelolopun dah bikin ruangan gosip ka? Tak..bukan sama sekali. Inikan blog MTB. Mestila ada kena mengena dengan MTB.

Rupanya Riezman ni, selain sibuk show business, sibuk jugak main MTB. Sempat jugak dia "baik punya cilok" ke trail-trail MTB di celah-celah kesibukan kehidupan selebritinya dengan geng PowerStik dia.

Bro Riezman tak cukup setakat itu saja. Dia melangkah lagi dengan ikut memeriahkan pasaran barangan basikal dengan aktif terutama di forum BicycleBuySell. Itulah yang mendorong pertemuan saya dengan dia. Bersungguhnya Riezman dalam berniaga barang-barang basikal ni hingga ada website sendiri di PowerstikXtremeWorld

Status selebriti tidak menjadikan Bro Riezman sombong dan eksyen. Berjumpa sekejap dengan dia terasa macam dah kenal lama kerana ramah dan mesranya. Berurusniaga dengan dia senang dan mudah. Cuma nak kena ejas masa sikitlah...Sebab maklum laaa..selebriti kan sibuk. Semoga Bro Riezman sukses dalam showbusiness dan bike business.

1 comment:

Ober Frederiksen said...

hohohoho.

bro kelolo pn celebrity ape. :P