Wednesday, July 02, 2008

Shimano SLX

Aku hairan. Hairan sungguh. Manusia tak pernah kering idea untuk buat benda baru. Bila aku rasa yang sesuatu dah sampai puncak, datang pengganti baru. Groupset baru dari Shimano ini satu contohnya. Ntah siapa punya idea untuk mengalihkan LX dari MTB ke basikal pengguna. Tak cukup dengan itu, direka groupset baru pulak menggantikannya. Bukan sekadar menggantikan LX, sumber dari Shimano juga menyebut SLX baka menggantikan Saint dan Hone bagi kategory all-mountain, freeride. Dasatttt...!!!


Groupset SLX 2009 dari Shimano. Gambar diambil tanpa izin dari BikeMagic

Aku terdorong bercerita tentang SLX sebab petang semalam aku terbabas ke KSH, TTDI. Dan...di dalam display cabinet itu, Ah Leong menunjukkan aku set SLX. Sebelum ni cuma dengar dan baca di internet saja, tapi tadi petang bendanya di depan mata...Omak aaaiiiii...teringinnya aku...Buat masa ni, KIV dulu. Ini termasuk dalam kategori "Look but cannot touch". Sabarrrrrr! Kata Ah Leong, ada dua set sudah masuk. Set pengenalan. Harga set RM1,750. Lagi sebulan dua katanya, lagi banyak unit akan dibawa masuk. Dan kemungkinan besar harga akan lebih rendah dari RM1,750.

Berkenan??? Mula menabung dari sekarang...

2 comments:

mroslij said...

aku baru je hantar beskal utk -asang gearset SLX, esok siap kot

BC Kelolo said...

Jeles...jelessss...

Tahniah bro...semoga kayuhan makin mantopppp.