Wednesday, March 25, 2009

BC Kelolo Si Tukang Kasut???

Aku suka merepair. Repair benda rosak bagi jadi elok (OK, tak la berapa elok sangat) atau...Baiki benda elok bagi jadi rosak. Perkara kedua lebih kerap berlaku nampaknya...


Shimano SH-MT20...Masih layak dipanggil kasut?
Dah lebih 2 tahun aku pakai kasut kayuh ni. Bermula dari penghijrahan rakap rata ke rakap melekat. Shimano SH-MT20 ini telah menyaksikan banyak jatuh bangun aku dalam MTB. Sepatu ini setia ke mana saja. Dari basikal Montana bersama rakap Crank Brothers Candy-C, hingga aku beralih kepada Time Atac-Z pada resaksa hijauku. Kasut ini tetap setia berkhidmat. Kasihan dia sebab khidmat dan jasanya tidak diberi balasan setimpal. Ia dilanyak secukupnya. Teman sejenis yang seusia masih lagi kelihatan cantik, hensem dan lawa. Kalau tidak kerana beberapa siri rendaman dan basah-kering, rasanya, kasut ini masih boleh bertahan lagi. Basah menyebabkan bahagian lubang talinya jadi kembang macam biskut empat segi direndam dalam air kopi-o. Akibatnya, bahagian itu mudah koyak rabak bila tali ditarik tegang.


Rabak sini...


Rabak sana...

Mujurlah cuma sebelah kasut kiri yang diserang virus rabak. Tak la jerih sangat nak membaiki. Aku bukanlah ada apa-apa pertalian dengan Sabaruddin Tukang Kasut. Pun tidak pernah mengambil kursus, sijil, diploma, ijazah ataupun PhD dalam cobblering. Tapi...dah bawak ke dua tiga cobbler, semua enggan membaiki kerosakan seperti yang dikehendaki. Maka, dengan berat hati aku mengambil keputusan untuk belasah saja baiki sendiri...Padan muka mereka.



Bahagian yang rabak dibuang


Kudis dah hilang
Berbekalkan semangat juang dan bujukan diri sendiri "Takpa...kalau tak menjadipun, aku dah puas pakai...", aku belasah hantam sajalah baiki sendiri. Langkah pertama, bahagian yang rabak dibuang menggunakan gabungan alat pisau "cutter", penetas benang dan gunting. Pembuangan harus hati-hati supaya bahagian lain kasut tidak terjejas dan bahagian rabak itu masih dalam bentuk sekeping. Berguna untuk proses seterusnya.



Kulit pengganti ditekap dari bahagian yang dibuang


Siap untuk ditampal
Bahagian yang dipotong tadi digunakan sebagai stencil untuk menekap bentuk kulit yang perlu dipotong. Kerjanya lebih mudah berbanding dengan cubaan mengukur kulit pada bahagian yang dipotong. Kulit dibeli dari kedai baiki kasut di Greenwood. Isteri komplen bila melihat warna kulit tidak sepadan dengan kulit asal. Teguran yang bagus, tapi...pedulikanlah. Estetik bukan keutamaan. Lagipun kasut ini bukan dipakai untuk berlawa. Ia dipakai di dalam denai hutan dan rimba. Yang jadi penonton nanti hanyalah ungka mawas beruk kera. Tak pedulinya sama ada kulit tampalan itu sedondon atau tidak.



Siap bertampal


Setelah siap dipotong, cuba lekapkan bahagian yang dipotong pada bahagian yang hendak diganti untuk memastikan padanan. Sedikit guntingan di sana sini diperlukan untuk halusi padanan. Sapukan gam pada permukaan kulit tampalan dan bahagian kasut yang dipotong mengikut bentuk bahagian yang dipotong. Biarkan dalam lebih kurang 5 minit supaya gam kering. Gunakan gam jenis perekat kontak (contact adhesive) atau rubber cement. Setelah kering, lekatkan kulit tampalan ke bahagian yang telah dipotong. Picit-picitkan secara menyeluruh pada bahagian tampalan. Biarkan seketika supaya tampalan melekat mesra pada kasut.



Proses menjahit
Tampalan sahaja tidak memadai. Gam akan tertanggal apabila kasut dilanyak. Basahan air dan lembapan peluh akan mempercepatkan lagi kerosakan. Tampalan perlu diperkukuhkan dengan jahitan. Teknik jahitan tukang kasut digunakan. Menggunakan benang nylon kasar dan jarum pengait, keliling tampalan dijahit untuk mengukuhkan tampalan. Melecet la jugak jari nak siapkan jahitan. Maklum tukang amatur.

Lepas siap dijahit, dah hampir selesailah kerja baikpulih kasut ini. Eh...kat mana nak sumabt tali kasut pulak. Laaa...kena la buat lubang untuk masukkan tali. Untuk tebuk lubang tali, bolehlah gunakan penebuk lubang jenis playar atau jenis yang macam paku tu. Janji lubang bulat bersih dan kena saiz.



Dah siap!
Lepas dua malam menjadi tikus membaiki labu, dengan jari melecet dan mata yang terpedih-pedih dan terkebil-kebil, siaplah jugak kasutku dibaiki. Hasil kerja memang kasar. Kasi can la, baru cubaan pertama. Walau kasar dan huduh, aku puas...sebab hasil kerja tangan sendiri. Esok lama-lama kot mahir la sikit. Sekarang kasut ini direhatkan sikit penggunaannya sebab dah ada sepasang lagi. Cleatnya sudah ditanggalkan dan dipasang pada kasut yang sepasang lagi. Makanya, kasut ini jadi kegunaan rasmi kalau aku menunggang basikal yang rakap rata.

4 comments:

Unknown said...

segak sungguh!!

nak bukak bisnes repair kasut clipless pulak ka?

Wann 9W2XW said...

,,uihh,,hg pon pandai menjait juga,aku ingat Sabarudin je tukang kasut...

lockluck said...

Benda yang repair sendiri ataupun buat sendiri ni cantik dia lain macam sikit. Diri sendiri saja yang paham, pakai pun rasa nikmat!!!....cantik tak cantik perkara ke dua, janji puas hati!!

BC Kelolo said...

Ya betulllll...Cantiknya bukan pada hasilnya, cantiknya pada hasil kerja sendiri...

Semalam beli lagi satu jarum jahit kasut. 3 hinggit saja depan masjid Kampung Baru.

Kelolo akan terus menjahit dengan lebih ganaz lagi...Mao lawan Sabaruddin laaaa...