Wednesday, November 24, 2010

Shimano Rapidfire Plus - Rahsia Yang Bukan Rahsia

"Tuas pelepas pada Rapidfire Plus boleh berfungsi dua arah. Pilih mana yang anda mahu".
Pengguna sistem gear Shimano mungkin sudah biasa dengan penukar gear jenis picu yang menggunakan teknologi Rapidfire. Pada penukar gear ada 2 picu, satu untuk menarik dan satu untuk melepaskan gear.

Picu penarik (picu bawah) digerakkan dengan menolak picu dengan ibu jari manakala gear dilepaskan dengan menarik picu pelepas (picu atas) dengan jari telunjuk. Shimano kemudian memperkenalkan pula sistem Rapidfire plus. Sistem yang hampir sama dengan Rapidfire dengan tambahan fungsi picu pelepas boleh digerakkan sama ada dengan menarik picu dengan jari telunjuk atau MENOLAK PICU PELEPAS DENGAN IBU JARI. Shimano panggil ini TWO WAY/DUAL RELEASE.

Mungkin ramai yang akan berkata "Ah...cerita sudah basi. Semua orang dah tau...". Sayapun ingat begitu sehinggalah saya jumpa beberapa orang yang tidak sedar akan kelebihan pada sistem Rapidfire Plus. Maka saya terdorong menulis tentang hal ini untuk mereka yang tidak sedar atau perasan tentang kehadiran sistem Rapidfire Plus pada basikal mereka.

Kalau anda tergolong dalam golongan yang berkata "Ooooooo...." sepanjang 6 harakat atau "Iye ke?" apabila membaca penulisan ini, eloklah anda mencuba penukar gear Shimano anda. Cuba tolak picu pelepas. Kalau picu pelepas boleh ditolak dan gear bertukar...Sah, penukar gear anda adalah sistem Rapidfire Plus. Bolehlah anda mencubanya dan bandingkan dengan pelepasan gear cara tarikan dengan jari telunjuk. Mana tahu anda lebih selesa dengan menolak?.

Cubalah....

7 comments:

rusfarizal rusli said...

thanks bro,aku pon tak tau...dah bertahun pakai XT shifter..tadi baru try

BC Kelolo said...

Biasa la tu...kadang-kadang kita terlepas pandang...

akmalhizam said...

Selesa untuk pengguna SRAM - menolak dengan ibu jari untuk melepaskan gear.

Saya pernah gunakan shifter FD SLX (juga sistem RF+) sementara shifter SRAM X9 kembali 'pulih'. Taklah kekok kerana tak perlu untuk merubah kebiasaan menolak dengan ibu jari untuk mengawal turun-naik gear.

Lagi satu 'rahsia' shifter Shimano SLX/XT ialah senggatnya boleh dibuka - jimat 3 gram pada handlebar. Tapi rasanya BC dah sebut pasal ni dalam artikel setahun dulu.

pr000 said...

bende ni dah tau lame dah....
sblom uncle kelolo tulis article....

Unknown said...

Saya juga menggunakan RF+ dan mendapati ianya sesuai dan lebih selesa digunakan dengan ibu jari untuk menolak kedua-dua picu, samada untuk manaikkan gear atau menurunkan. Manakala jari telunjuk bolehlah sentiasa bersedia untuk menarik brek.

BC Kelolo said...

Saya dua-dua hantam ikut sempat...Itulah kelebihan "pasang dua". :)

mynameiskoko said...

2010 Alivio shifter pun ada rapidfire plus sekarang.